Rasanya dah tibalah masa untuk aku senaraikan Top 8 Filem Harry Potter yg paling aku minat... Maklumlah, siri Harry Potter pun dah tamat bulan 7 yg lepas... Filem yg diadaptasikan daripada novel terkenal hasil tulisan, J.K. Rowling ini sememangnya akan diingati oleh semua peminat2 Harry Potter...
Untuk tangga ke-8, aku pilih filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 1. Aku rasa filem ini agak slow dan kurang aksi magic. Filem ni sekadar nak bagi peminat2 tertunggu2 apa yg akan berlaku pada filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2.

Di tangga ke-7 plak aku rasa selayaknya untuk filem Harry Potter and The Half-Blood Prince. Filem kali ni setakat boleh tahan je tp xde la boring... Best jugak!

Seterusnya di tangga ke-6, filem Harry Potter and The Goblet Of Fire... Walaupun filem ini di tangga ke-6, aku tetap suka sebab dalam filem inilah bermulanya kemunculan Lord Voldemort yg jahat tu. Selain itu, suka tengok aksi2 Harry Potter dlm filem ini terutamanya melihat dia berusaha untuk memenangi ketiga-tiga tugasan yg diterima. Harry Potter nampak semakin matang dlm filem ni!

Ditangga ke-5, aku pilih filem Harry Potter ang The Prisoner Of Azkaban. Filem ini antara yang paling seram dalam kesemua siri Harry Potter. Kemunculan Sirius Black mmg mantap dan membuatkan jalan cerita filem ni semakin best.

Filem yang berada di tangga ke-4 ialah filem Harry Potter and The Chamber of Secrets. Filem ni mmg best especially kemunculan elf rumah, Dobby tu sebab ia menyuntik eleman humor di dalam filem tersebut. Selain tu, aksi magic dari Harry Potter dan rakan2 dia jugak semakin baik dan penuh aksi.

Ditangga ke-3, filem yang menampakkan sisi kematangan Harry Potter iaitu Harry Potter and The Order Of Phoenix. Apa yang menarik di dalam filem ini ialah melihat kemantapan lakonan Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint mmg terserlah. Dalam filem ni jugak, kita dapat lihat Harry Potter menghadapi tekanan kerana terpaksa berhadapan dengan Lord Voldemort secara berdepan.

Ditangga ke-2 ialah filem terbaru Harry Potter iaitu Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2. Penamat yang cukup sempurna dan memuaskan hati semua peminat2 siri Harry Potter. Kesan khas di dalam filem ini juga sempurna terutama aksi naga yang dikurung di dalam bank Gringgot yang cuba melepaskan diri. Selain itu, aksi pertarungan antara Harry Potter dengan Lord Voldermort juga antara adegan yang sukar untuk dilupakan. Penamat yang sempurna!

Dan ditangga pertama semestinya filem pertama, Harry Potter and The Sorcerer's Stone. Filem arahan Christopher Columbus ini berjaya memancing hati peminat2 untuk terus ternanti2 kemunculan filem2 Harry Potter yang akan datang. Sesiapa pun pasti tertarik dengan kesemua karakter yang ditampilkan didalam filem ni.

Ini cuma pendapat aku, korang pun mesti ada pendapat masing2 kan? Apa2 pun sebagai peminat filem Harry Potter, pastinya kita xkan jemu untuk menonton kesemua siri filem ini berulang kali kerana filem ini sesuai ditonton sepanjang zaman.