Friday, August 5, 2011

Filem Harry Potter Kegemaranku...

Assalamualaikum...

Rasanya dah tibalah masa untuk aku senaraikan Top 8 Filem Harry Potter yg paling aku minat... Maklumlah, siri Harry Potter pun dah tamat bulan 7 yg lepas... Filem yg diadaptasikan daripada novel terkenal hasil tulisan, J.K. Rowling ini sememangnya akan diingati oleh semua peminat2 Harry Potter...

Untuk tangga ke-8, aku pilih filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 1. Aku rasa filem ini agak slow dan kurang aksi magic. Filem ni sekadar nak bagi peminat2 tertunggu2 apa yg akan berlaku pada filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2.



Di tangga ke-7 plak aku rasa selayaknya untuk filem Harry Potter and The Half-Blood Prince. Filem kali ni setakat boleh tahan je tp xde la boring... Best jugak!



Seterusnya di tangga ke-6, filem Harry Potter and The Goblet Of Fire... Walaupun filem ini di tangga ke-6, aku tetap suka sebab dalam filem inilah bermulanya kemunculan Lord Voldemort yg jahat tu. Selain itu, suka tengok aksi2 Harry Potter dlm filem ini terutamanya melihat dia berusaha untuk memenangi ketiga-tiga tugasan yg diterima. Harry Potter nampak semakin matang dlm filem ni!



Ditangga ke-5, aku pilih filem Harry Potter ang The Prisoner Of Azkaban. Filem ini antara yang paling seram dalam kesemua siri Harry Potter. Kemunculan Sirius Black mmg mantap dan membuatkan jalan cerita filem ni semakin best.



Filem yang berada di tangga ke-4 ialah filem Harry Potter and The Chamber of Secrets. Filem ni mmg best especially kemunculan elf rumah, Dobby tu sebab ia menyuntik eleman humor di dalam filem tersebut. Selain tu, aksi magic dari Harry Potter dan rakan2 dia jugak semakin baik dan penuh aksi.



Ditangga ke-3, filem yang menampakkan sisi kematangan Harry Potter iaitu Harry Potter and The Order Of Phoenix. Apa yang menarik di dalam filem ini ialah melihat kemantapan lakonan Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint mmg terserlah. Dalam filem ni jugak, kita dapat lihat Harry Potter menghadapi tekanan kerana terpaksa berhadapan dengan Lord Voldemort secara berdepan.



Ditangga ke-2 ialah filem terbaru Harry Potter iaitu Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2. Penamat yang cukup sempurna dan memuaskan hati semua peminat2 siri Harry Potter. Kesan khas di dalam filem ini juga sempurna terutama aksi naga yang dikurung di dalam bank Gringgot yang cuba melepaskan diri. Selain itu, aksi pertarungan antara Harry Potter dengan Lord Voldermort juga antara adegan yang sukar untuk dilupakan. Penamat yang sempurna!



Dan ditangga pertama semestinya filem pertama, Harry Potter and The Sorcerer's Stone. Filem arahan Christopher Columbus ini berjaya memancing hati peminat2 untuk terus ternanti2 kemunculan filem2 Harry Potter yang akan datang. Sesiapa pun pasti tertarik dengan kesemua karakter yang ditampilkan didalam filem ni.



Ini cuma pendapat aku, korang pun mesti ada pendapat masing2 kan? Apa2 pun sebagai peminat filem Harry Potter, pastinya kita xkan jemu untuk menonton kesemua siri filem ini berulang kali kerana filem ini sesuai ditonton sepanjang zaman.

Tuesday, August 4, 2009

Perkara Yang Melucukan

Assalamualaium dan Salam 1Malaysia...Berjumpa lagi dalam blog aku. Kebetulan malam ni aku ada masa lapang, boleh lah aku tulis blog jap. Ntah kenapa malam ni aku rasa nak citer tentang perkara yang melucukan yang berlaku pd ari ni. Ceritanya camni. Pg td aku ada bawak bekal agar-agar mak aku buat ke opis aku. Sampai kat opis, aku letak la agar-agar aku kat dalam peti sejuk coz aku nak makan masa lunch nanti. Pastu, selang beberapa minit, opismate ( QS dept)aku masuk opis. aku pun tanya la dia, xnak ke cuba rasa agar2 yg mak aku buat. Pastu dia cakap... Oh, takpe lah, saya tak berapa suka la makan agar2.. Pastu, aku pun kebetulan ada tugasan kerja kat luar, aku tak stay la kat opis tu.. N then, dekat nak lunch baru aku masuk opis balik... Aku pun nak makan la agar2 tu, tetiba aku bukak peti sejuk n bukak bekas tu, KOSONG! Aku pun tanya la aku punya opismate account dept, sape yang mkn agar2 tu? dia pun jawab la, ala, orang yang cakap dia tak suka makan agar2 tu lah yang makan ( opismate aku yang kerja QS dept tu lah... aku pun tergelak je... Ye lah, dia cakap dia tak suka makan agar2 tp bila makan habis licin dia sental.. Patut la dia cakap dia tak suka makan agar2, mungkin maksud dia, SAYA TAK SUKA MAKAN AGAR2 SIKIT2, SAYA SUKA MAKAN BANYAK2... Haha. Aku pun daripada lapar nak makan agar2 terus jadi kenyang sebab banyak sangat ketawa...

Monday, August 3, 2009

Firstime tulis blog

Assalamualaikum Malaysia! Salam 1Malaysia buat semua rakyat Malaysia tak kiralah Melayu ke, Cina ke, India ke, Kadazan Ke, Pakistan ke, ape2 ajelah... Yg penting kita semua bersatu padu dan saling menyokong satu sama lain tanpa ada jurang di antara bangsa dan agama. Ok, aku cuma nak perkenalkan diri aku sebagai penulis blog junior, aku harap aku bebas memberikan pandangan positif melalui blog aku ni... Cuma, aku nak sentuh di sini, aku sedikit kecewa dengan apa yg dah berlaku sabtu lepas... Banyak orang susah sbb insiden tersebut.. tapi, ini cuma pendapat aku. Kpd yg pro n anti tu, think before you act!